sebagai manusia yg hidup atas muka bumi ni,wajib la kita perangi bende ni sama2..jgn terjebak pulak..rugi je hidup tu kalo berasuah..nape??meh wawa explain..
Macam ni,rasuah itu adalah satu jenayah dimana seseorang itu dapat kebebasan,keistimewaan daripada pihak berkuasa atau syarikat.SPRM kate ada 4 kesalahan rasuah yg utama.
- Meminta atau menerima rasuah
- Menawar atau memberi rasuah
- Membuat tuntutan palsu
- Menyalahgunakan jawatan atau kedudukan
Sabda Rasulullah saw , Daripada Abu Hurairah R.A ia telah berkata : "Rasulullah saw telah mengutuk orang yang suka memberi rasuah dan orang suka menerima rasuah dalam soal hukum-menghukum."
Perbuatan rasuah ini amat keji dan berdosa.Orang-orang yang terlibat dengan rasuah ini kan mendapat balsan yang setimpal.
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud,
"Pemberi dan penerima rasuah kedua-duanya akan masuk neraka."
Punca berlaku rasuah :
- Sikap mahu hiup mewah,menunjuk-nunjuk,tamak dan ingin cepat kaya mendorong diri melakukan rasuah.
- Kepimpinan yang lemah seperti kurang memantau dan pengurusan organisasi yang lembab menyebakan ada segelintir kaki tangan yang terjebak dalam rasuah.
- Tradisi memberi hadiah dalam bentuk benda dan wang dalam masyarakat disalah guna sebagai barang untuk disogokkan,diminta atau diumpan tanpa disedari.
- Sesetenagh ahli politik mengambil kesempatan memberi rasuah kepada masyarakat untuk mengukuhkan kedudukan,memenangi pemilihan jawatan,mengukuhkan publisiti ata mengumpul kekayaan.
- Dalam pembangunan sosial terdapat segelintir pihak yang mahukan cepat dapat tender,cepat dapat bayran atau terlepas dari hukuman.
So...MARI BERSAMA SUCIKAN HATI DAN DIRI..TEPUK DADA TANYA IMAN..DAN JANGAN SESEKALI TERLIBAT DALAM RASUAH..JADILAH INSAN YANG SENTIASA BERAMANAH DAN BERETIKA :D
Last sekali..meh kita layan lagu perangi rasuah dari Aizat ni eh :
2 comments:
rasuah perlu di perangi.. org kaya mikin kaya.. org miskin makin miskin n ditindas..(-_-)"
betol2..setuju sgt :D
Post a Comment