Mereka juga kawan-kawan saya

Tuesday, 31 January 2012

Selamat Hari Wilayah Persekutuan 2012

Assalamualaikum..harini wawa nak update gak blog..
so sempena esok 1 Feb yang merupakan Hari Wilayah termasuklah KL,Putrajaya dan Labuan maka nak cari2 sal Wilayah Persekutuan di Malaysia nih..
before tuh..thanks and kredit untuk incik google and incik wiki yerr :P

KUALA LUMPUR


Kuala Lumpur dibina pada tahun 1857 di kuala sungai Gombak dan Klang. Dalam Bahasa Melayu, maksud namanya adalah "kuala berlumpur." Pendudukannya bermula apabila seorang ahli keluarga kerajaan Selangor, Raja Abdullah, membuka Lembah Klang untuk pelombongan biji timah. 87 pencari gali Cina telah pergi ke sungai Klang dan memulakan prospek di daerah Ampang, yang pada masa itu kawasan hutan belantara. Walaupun 69 dari mereka meninggal dunia kerana keadaan penyakit wabak, pelombongan biji timah yang berkembang telah ditubuhkan. Ini menarik perhatian banyak pedagang yang berdagang keperluan asas kepada pelombong-pelombong untuk mendapatkan sebahagian dari biji timah. Pedagang membina kedai di kuala sungai Klang dan Gombak. Oleh kerana itu, sebuah bandar telah dilahirkan. Sejarah Kuala Lumpur juga amat berkait rapat dengan Haji Abdullah Hukum, yang merupakan salah seorang panglima kepada kerajaan negeri Selangor.

Sementara pekan itu membesar, Inggeris, yang menjajah Malaya pada waktu itu, merasa mereka harus melantik (Kapitan Cina, atau Kapten kepada orang Cina) untuk mentadbirkan keempatan itu dan memastikan ada undang-undang dan peraturan. Kapitan Cina yang pertama itu adalah Hiu Siew. Kapitan Cina yang ketiga adalah Yap Ah Loy, yang melihat kebesaran Kuala Lumpur dari pekan lombongan kecil yang sunyi hingga ia menjadi bandar Selangor yang terutama. Pada awalnya, Kuala Lumpur adalah pusat Perang Saudara Selangor, di mana dua persengkatan dapat ditanggapkan; pergaduhan di antara putera-putera Selangor ke atas keuntungan lombongan biji timah, dan suatu dendam berdarah di antara Kapitan Yap dan Chong Chong, yang mahu menjadi Kapitan. Kapitan Yap dan tulang belakangnya, Tengku Kudin, berjaya dan sejak masa itu, terima kasih kepada pimpinan bagus Kapitan Yap, Kuala Lumpur menjadi bandar yang terbesar di Selangor. Dia membina Kuala Lumpur, yang dihancurkan oleh Perang Saudara dan memenuhinya dengan pelombong Cina dari tempat lain di Selangor. Dia juga mengalakkan petani Melayu untuk tinggal dekat Kuala Lumpur untuk memudahkan bekalan sumber makanan.

Selepas kemerdekaan pada tahun 1957, Kuala Lumpur menjadi ibu negara Persekutuan Tanah Melayu dan bersambung menjadi ibu negara kepada yang dinamakan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Untuk peristiwa kemerdekaan, sebuah stadium besar, Stadium Merdeka, dibinakan, di mana Perdana Menteri pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman, mengumumkan kemerdekaan Malaya di hadapan orang yang sangat ramai. Bendera Union Jack diturunkan dari tiang bendera di Dataran Merdeka dan bendera bendera Tanah Melayu dinaikkan. Tempat itu menandakan kekuasaan British kerana ia adalah padang kriket untuk pentadbiran penjajah dan menghadapi Kelab Diraja Selangor, kelab Malaya yang terekslusif dan untuk Orang Putih sahaja.

Pada 1 Februari 1972 Kuala Lumpur dipisahkan dari Selangor dan bandar itu menjadi Wilayah Persekutuan.


LABUAN


Pulau Labuan asalnya merupakan sebahagian dari Kesultanan Brunei. Pada 1846, ia diserahkan kepada British oleh Sultan Brunei Sultan Omar Ali Saifuddin II setelah British menggunakan pulau tidak berpenghuni itu sebagai tapak operasi menentang lanun. Pada 1848 Labuan telah diistiharkan sebagai Tanah Jajahan Mahkota British. Kemudian pada 1890, ia digabungkan dengan Borneo Utara. Namun begitu pada 1 Januari 1906 Labuan telah diserahkan kembali kepada British dan menjadi sebahagian daripada Negeri-negeri Selat pada 30 Oktober 1906 bersama-sama Singapura, Melaka dan Pulau Pinang. Ketika era pentadbiran British di Pulau Labuan, Victoria adalah merupakan nama lama bagi Bandar Labuan yang merupakan pusat pemerintahan dan sosio ekonomi penduduk pekan.

Pada Disember 1941 hingga Jun 1945, Labuan telah diperintah oleh Jepun. Labuan telah ditukar namanya menjadi Pulau Maida (前田島 [Maeda-shima])sempena nama Komander tentera Jepun di Borneo Marquis Toshinari Maeda. Selepas pengunduran Jepun dan pentadbiran tentera British tamat, Labuan digabungkan ke dalam Borneo Utara pada 1946. Seterusnya pada 1963 ia bersama-sama Sabah bergabung ke dalam Malaysia.

Labuan dahulunya merupakan kawasan terpinggir dari arus pembangunan. Setelah diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1984, kawasan penempatan bagi kaum Kedayan ini mula menjadi antara destinasi utama kepada pelabur asing untuk berurusniaga terutama sekali setelah Labuan diiktiraf sebagai Pusat Kewangan Pesisir Antarabangsa atau IOFC pada Oktober 1990 (kini dikenali sebagai Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa atau LOFSA).

Peninggalan sejarah zaman silam di Labuan menjadi tarikan pelancong seperti Taman Damai (tempat Jepun menyerah kalah kepada British), kubur askar asing yang terkorban semasa berperang dengan tentera Jepun di Tanjung Taras dan Taman Burung Eksotik.

Selain peninggalan sejarah zaman silam, Labuan juga terkenal dengan aktiviti sukan laut peringkat antarabangsa seperti pertandingan memancing laut dalam, jet ski dan kayak mengelilingi Pulau Labuan.

Labuan yang dahulunya didiami oleh nelayan, mula menjadi tumpuan para pelajar dari dalam dan luar labuan berikutan pembukaan Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan dan Kolej Matrikulasi Labuan.


PUTRAJAYA


Putrajaya atau nama penuhnya Wilayah Persekutuan Putrajaya ialah pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia yang menggantikan Kuala Lumpur pada 1999. Putrajaya, bandar raya pintar dalam taman terletak 25 kilometer di selatan Kuala Lumpur merupakan sebuah bandaraya futuristik yang menempatkan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan (lihat peta). Ia adalah Wilayah Persekutuan ke-3 di Malaysia.

Dari sebuah tempat terpencil yang dikenali dengan nama Prang Besar, kawasan ini melonjak membangun dengan nama Putrajaya mulai 12 Oktober 1994. Berbanding dengan Kuala Lumpur, sebuah bandar tinggalan penjajah, Putrajaya dibangunkan oleh anak bangsa sendiri dengan bercirikan budaya tempatan.

Mula dibina pada 16 April 1995, Putrajaya akan menggunakan aplikasi teknologi maklumat (IT). Dengan terbinanya Putrajaya, suatu hari nanti Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan menjadi Bandar gergasi standing dengan Tokyo dan Yokohama di Jepun.

Untuk mencapai matlamat ini, Wetland Putrajaya telah dibina untuk menyingkirkan sedimen dan membersihkan aliran permukaan yang tercemar sebelum ia memasuki tasik. Sesuai dengan lokasinya di tengah-tengah bandaraya, Wetland Putrajaya menjadi titik penting dalam membawa rakyat untuk bersama-sama mencapai matlamat dari segi rekreasi, pendidikan dan penyelidikan.

Lokasinya yang berada ditengah-tengah Koridor Raya Multimedia, Putrajaya seluas 4,931 hektar ini dibangunkan dengan kos RM20.5 billion mengandungi Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Perumahan, Kemudahan komersial, kemudahan sosial dan kemudahan keagamaan.

Pada 10 Mei 1999, Kompleks Pejabat Perdana Menteri mula beroperasi di Putrajaya. Putrajaya menjadi penanda aras kepada pembangunan dan pentadbiran sesebuah bandar baik di peringkat dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa.



ok..itu sahaja yang wawa nak share ini hari..ok..wassalam :)

Monday, 30 January 2012

Contengan Jalanan


Assalamualaikum..
Alhamdulillah sebab tiba2 dpt ilham untuk update blog..huhu
Ada apa dengan tajuk entri harini?? Let's me explain it..
Ye..mungkin agak ketinggalan and jauh tertinggal ke belakang..
Ye..saya terlewat baca Contengan Jalanan by Hlovate even buku tu dah lama keluar kat pasaran..
Before ni saya tak ketinggalan buku-buku karangan Hlovate..
As student yang makin sibuk and anak sulung kepada sebuah keluarga,waktu untuk saya baca novel-novel kali ini adalah terhad..
Bukan cam zaman kanak-kanak ribena Wawa yang leh bace 1 novel sehari..
Perghh..khatam satu hari..Kalau khatam Al-Quran xpe juga..
That's it..Ayat dalam novel Hlovate yang kena batang hidung sendiri..
Kita boleh feel sampai nangis2 baca novel,but patutnya kita leh meleleh2 dengan kalam Allah nak2 lagi dengan tafsirnya..
Oh..kerdilnya diri ini..Hurmm...
Satu je saya nak cakap untuk HLOVATE..Thanks atas perkongsian anda..
And semoga usaha terus ke arah kebaikan ini akan peroleh ganjaran disis Allah swt..
Apa yang saya boleh katakan disini,edisi Contengan Jalanan adalah lain dari yang lain..
Dan saya tersentuh membacanya..Saya sedar saya bukan baik :(
Yess..tepat sekali ia adlah suatu contengan perjalanan mencari Tuhan..
Allah swt..MasyaAllah,Hlovate dapat hidayah untuk tulis serupa gitu..
Menyeru ke arah kebaikan..wahh,beruntungnya dia dikurnia ilham sebgitu oleh Yang Maha Esa..
Lama2 saya berfikir..
Kita nak calon pasangan yang baik..Tapi dah baik kah diri kita??
Kita nak rezeki yang baik..Tapi dah berusaha,iktiar n tawakal ke kita??ke just pasrahh???
Orang bising2 nak anak baik..tapi baikkah akhlak dirinya??
Semua tu kita yang kena n corakkannya..
My Dad pesan,,nak hidayah,petunjuk kena mintak dari Allah..
Kalu tak mintak,sapa nak bagi??
Ye..coretan ini adalah untuk diri saya..siapa yg baca itulah yang saya dapat sharekan..
Ye,saya bukan orang yang baik..n tak nak dilabel jahat pulak..
Sama2 kita muhasabah diri yukkk!!
To all orang2 kat luar sana..i suggest Contengan Jalanan..
tak dapat banyak..sikit pon jadi...
itu semua rezeki..and Allah shj yang leh bukakan pintu hati kita..
itu sahaja..may Allah bless us..amin..
wassalam...



Saturday, 14 January 2012

Berdua Bersatu by Fourteen



Assalamualaikum..today wawa want to share this song..
Aha..when first time i hear the song..
One thing comes to mind..
KRU????
Why???
Percaya x??Lagu KRU melodi semua seakan-akan sama..
Then,i know that this is a song by Fourteen..
Yeahh,another KRU punya anak didik..
Perghhh..nasib baik sedap lagu :P
Kalau x? Fikirlah sendiri :P
So???
Enjoy jela..nak dengar ke x hak masing2..
Saya biase-biase aje :D
Wassalam..May Allah bless us :)