Chingu"s"

Monday 24 March 2014

Salah Siapa..

Assalamualaikum..


Aku ingin mendekat..
Tapi dia menjauh..
Last2 aku yang kedepan..
Aku rendahkan egoku..
Walau aku tahu tak sepatutnya ada ego disitu..
Tapi layanan mu..
Sukar untuk aku tafsir..
Sampai aku terkedu disitu..
Ya...
Aku menggigil disitu..
Tersentap disitu..
Balik dari itu..
Aku termagu terkaku..
Salah siapa itu??
Mungkin dia..
Mungkin aku..
Walau hatiku meronta mendekatimu..
Walau ku ingin sekali kenal mesra denganmu..
Walau ku ingin sekali berbual bergurau denganmu..
Tapi langkahku sentiasa kaku..
Walau aku sepatutnya memulakan dulu..
Aku kelu..
Takut dia tersinggung disitu..
Selama ku kenal sebenarnya tak kenal..
Aku masih jauh..
Mungkin aku yang salah..
Atau mungkin kau yang salah tak mendekatiku??
Masihkah ada waktu??
Aku doakan yang terbaik untukmu..
Kerana kau tetap sebahagian dari hidupku..


Wassalam..




Monday 17 March 2014

Siapa itu?

Assalamualaikum..


Keliru aku
Betapa terpengaruhnya benda itu
Sedang aku masih waras
Masih tajam akal fikiran
Aku bingung
Buntu

Aku termagu-magu
Siapa mereka sebenarnya itu?
Perosak bangsaku?
Atau
Pembawa panji keadilan
Yang teras kebenaran?

Risau
Buntu keliru
Nasib yang belum tentu
Seakan-akan tak menentu
Apatah lagi sekalian kelilingku



P/s: Doakan Malaysia terus berdaulat..

Wassalam..