Chingu"s"

Thursday 2 January 2014

2014

Assalamualaikum..2013 dah pun berlalu..terlalu-lalu banyak kenangan yang tersimpan daalam memori ni.. Selamat Tahun Baru 2014 Masihi..Umur pon makin bertambah..Alhamdulillah..Aku bersyukur dengan segala nikmat yang aku perolehi..Coret-coret 2013 banyak meninggalkan kesan yang mendalam dalam hari-hari seorang aku..Ada suka..ada duka..Pahit manis semua dah diharungi dalam fasa mematangkan diri..Untuk tahun 2014 ni..apa azam aku?? Cukuplah menjadi yang lebih baik berbanding tahun-tahun sebelum ni..yang lain aku simpan dalam hati ni baik2..tak perlu diungkap dan diluahkan..Rindunyer nak mencoret-coret kat bloggie ni..Sampai kepala tak tahu nak memuntahkan apa isi kat dalam entri ni..So..just go on..maybe sesuatu yang baik itu akan datang even kita sendiri tak tahu..Yelah..semua dalam perancangNYA..Doaku agar aku sentiasa  kuat dan hadapi hidup ini terus dengan senyuman bersulam istiqamah untuk berubah menjadi baik demi diri sendiri serta keluarga..tiada apa yang aku harapkan selain mencapai mardhatillah..ameen..

Bersulam indah sunyi sepi..
Ketekunan terus menyala lagi..
Tekadku bersama harapan menggunung tinggi..
Mencurah kasih rindu tak terperi..
Segala egois datang dan pergi..
Senyum tangis silih berganti..
Sesaat memori menerjah sepi..
Berdamping sesak gelora dihati..
Menahan tangis sesak sendiri..
Tak siapa tahu ertinya ini..
Biar ia tersimpan rapi..
Buat bekalan dikemudian hari..
Agar segala ditempuh berani..
Semoga sinar menyerlah lagi..


Wassalam..