Assalamualaikum..Semoga kita berada dibawah kasih sayang Ilahi..Entri kali ni aku tiada idea..Just nak post something yang aku dah baca..I got it from Wani Ardy .. Dia penulis buku himpunan prosa,catatan dan puisi yang tajuknya "Langit Vanilla".. And the best part yang menarik adalah catatan bertajuk "Tempat Asal Cinta"..Beribu kredit untuk Wani Ardy and may Allah bless u..So..ini tulisan beliau.. :)
Pernah jatuh cinta dengan orang yang hatinya sudah berpunya? Saya pernah. Lebih sekali. Saya percaya ramai di luar sana juga pernah. Normal bagi mereka yang tidak pernah, untuk mengganggap golongan yang pernah ini sebagai gatal, atau sengaja, atau mencari fasal. Normal untuk kita berkata itu ini sebelum merasai. Manusia prejudis pada apa yang mereka tidak tahu dan skeptikal pada apa yang mereka tidak faham. Ini kelaziman kita semua. Jangan kecil hati.
Gatal, sengaja, atau mecari fasal - saya tidak mengiya atau menidakkan mana-mana. Boleh jadi tiga-tiga. Boleh jadi salah satu. Boleh jadi bukan langsung. Jangan bilang "kejinya, aku takkan buat begitu.". Perjalanan hidup bukan semuanya dalam tangan kita untuk menentu. Pada saya, mereka yang melalui pengalaman ini adalah golongan idealis (yang perlu direalistikkan), sedikit lemah (yang perlu dikuatkan), dan yang paling penting, terpilih oleh Allah untuk dihadapkan dengan ujian.
Kalau jatuh cinta dengan orang yang hatinya sudah berpunya itu dosa, kenapa Allah menghalalkan poligami? Fikir. Yang bikin dosa adalah perbuatan, bukan sangat perasaan. Saya berani kata begini sebab saya banyak dosa. Tapi itu cerita lain. Ini cerita kita-kita.
Selama hampir 26 tahun saya bernafas, mengutip pengalaman dari hidup sendiri, mengutip cerita dari hidup ratusan orang di sekeliling, saya makin sedar, bahawa jatuh cinta adalah jatuh cinta. Jatuh cinta setelah tahu dia sudah berpunya. Jatuh cinta sebelum tahu dia sudah berpunya. Jatuh cinta namun berpisah keranaa hatinya diambil orang lain. Jatuh cinta, berpisah, dia mula hidup baru dengan teman baru, namun kita masih terus menerus jatuh cinta. Jatuh cinta adalah jatuh cinta. Titik.
Sakitnya mengetahui bahawa orang yang kita kasih itu mengasihi orang lain, atau terikat dengan orang lain, adalah sakit yang luar biasa. Bilamana dia itu suami/isteri orang, tunangan orang, atau kekasih orang, kita serta merta mengarah hati kita supaya berhenti. Jangan sayang lagi. Tak boleh!
Hati tanya kenapa? Kita jawab tak boleh. Hati tanya kenapa? Kita jawab tak boleh! Setakat "tak boleh", lut ke? Biasanya kalau ada rasa benci, akan lebih mudah untuk awak berhenti mengasihi. Kalau dia itu jahat orangnya, banyak buat salah, layan awak seperti sampah, adalah modal untuk membenci. Masalahnya dia baik (kalau jahat kenapa pula awak hendak jatuh cinta, betul?), dan dia tidak buat salah, dan tidak layan awak seperti sampah. Jadi modal untuk membenci tidak ada. Satu-satunya modal untuk berhenti ialah kekuatan diri awak sendiri. Iman. Nekad. Dua perkara itu paling payah hendak timbul bila bertembung dengan hati yang sarat nafsu hendak mencinta dan dcintai. (Dan orang gila mana yang tidak mahu mencinta dan dicintai?)Hati dengan otak manalah duduk sebelah-menyebelah.
Apa yang saya buat dahulu untuk memboloskan diri dari keadaan ini ialah, saya berserah. Bukan berserah sekadar di mulut, tapi betul-betul berserah. Tahun demi tahun, saya sedar bahawa manusia bukan kepunyaan manusia. pasanagn kekasih bukan dimiliki satu sama lain. Pasangan tunangan bukan dimiliki satu sama lain. Suami isteri juga, bukan seratus-peratus dimiliki satu sama lain.
Lelaki yang saya jatuh cinta itu bukan barang runcit, yang saya boleh curicuri ambil dari troli orang lain. Kalau pun dia dengan saya, satu hari dia boleh pergi ke orang lain. Dia ada otak, ada hati, ada kaki, dia boleh ke mana-mana sesuka hati. Setiap manusa ada hak dan daya untuk memilih. Jadi apa makna "pemilikan" dan "kepunyaan" sesama manusia? Siapa yang benar-benar memegang otak , hati, kaki, seluruh anggota manusia tadi? Siapa yang ada kuasa total untuk mengawal semua ini?
Kawan saya kata, tempat asal cinta ada satu saja." Saya percaya, kita jumpa jodoh kita kalau kita mula mencinta dengan mencintai Allah. Saya bukan orang yang paling baik. Saya cuma tukang redha. Tukang berserah. Tukang sujud. Tukang tadah. Dan semua ini paling ketara bila saya susah. Saya bukan orang yang paling baik.
Cuma dalam situasi sebegini, saya ambil langkah pertana dengan berhenti berfikit, "Aku nak dia. Aku nak dia. Aku nak dia." Sebaliknya saya mula berfikr, "Terpulanglah, Allah. Apa saja yang Kau rasa baik untuk aku. Terpulanglah. Buatlah." Redha dan berserah pada hati. hanya bila ia terjadi pada hati, akan awak tahu bezanya. Percaya cakap saya; sangat-sangat besar bezanya.
Saya percaya jodoh itu misteri. letaknya di tangan Allah, bukan manusia. Jangan biar manusia lain menetapkan definisi jodoh bagi kita. Jodoh itu bukan bererti jatuh cinta dengan orang bujang. Atau lelaki berkopiah. Atau wanita yang tidak pernah berbuat salah.
Menjadi isteri kedua adalah jodoh. Mencari isteri pada cikgu awak adalah jodoh. berkahwin dengan office boy tempat awak bekerja adalah jodoh. Berkahwin dengan musuh awak zaman belajar dulu adalah jodoh. Berkahwin dengan janda adalah jodoh. Berkahwin dengan duda anak tiga juga tetap jodoh. Kerana jodoh itu bubuhnya di tangan Maha Pencipta, jadi ia boleh datang dalam macam-macam rupa.
Kalau kita betul-betul hendak tahu apa akhir cerita cinta kita, kita kena berbalik pada tempat asal cinta itu. Dan seperti kawan saya kata, tempatnya cuma ada satu.
P/S : Thanks again Wani Ardy.
Wassalam..
No comments:
Post a Comment