Assalamualaikum..hari jumaat yang mulia ini..mari kita sama-sama kongsi ilmu mengenai nama-nama bagi Al-Quran :)
Al-Quran mempunyai berbagai nama lain selain nama al-Quran.Walaubagaimanapun, nama terkenal dan yang digunakan secara meluas ialah al-Quran.Antara nama-nama yang lain bagi al-Quran ialah :
1. Al-Furqan
Firman Allah S.W.T :
تَبَارَكَ الَّذِي نَزَّلَ الْفُرْقَانَ عَلَى عَبْدِهِ لِيَكُونَ لِلْعَالَمِينَ نَذِيراً {1}
Maksudnya : Maha berkat Tuhan yang menurunkan al-Furqan kepada hamba-hambaNya (Muhammad), untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam.
( Surah Al-Furqan 25 : ayat 1 )
2. Al-Mauizah
Firman Allah S.W.T :
يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ
Terjemahan : Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran daripada Tuhan kamu…)
( Surah Yunus 10 : ayat 57 )
3. Al-Nur
Firman Allah S.W.T :
وَأَنزَلْنَا إِلَيْكُمْ نُوراً مُّبِيناً {174}
Maksudnya : ….Kami pula telah menurunkan kepada kamu ( al-Quran sebagai ) Nur ( cahaya ) yang menerangi (segala apa jua yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak )
( Surah An-nisa 4 : ayat 174 )
4. Al-Busyra
Firman Allah :
قُلْ مَن كَانَ عَدُوّاً لِّجِبْرِيلَ فَإِنَّهُ نَزَّلَهُ عَلَى قَلْبِكَ بِإِذْنِ اللّهِ مُصَدِّقاً لِّمَا بَيْنَ يَدَيْهِ وَهُدًى وَبُشْرَى لِلْمُؤْمِنِينَ {97}
Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad ):”Sesiapa memusuhi Jibril maka sebabnya ialah kerana Jibril itu menurunkan al-Quran ke dalam hatimu dengan izin Allah, yang mengesahkan kebenaran Kitab-kitab yang ada di hadapannya (yang diturunkan sebelumnya), serta menjadi petunjuk dan memberi khabar gembira kepada orang-orang yang beriman”
(Surah al-Baqarah 2 : ayat 97 )
5. Al-Ruuha
Firman Allah S.W.T :
وَكَذَلِكَ أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ رُوحاً مِّنْ أَمْرِنَ
Terjemahannya : Dan demikianlah Kami wahikan kepadamu (wahai Muhammad) –al-Quran sebagai roh (yang menghidupkan hati) dengan perintah Kami...
(Surah al-Syura 42 : ayat 52)
6. Al-Majid
بَلْ هُوَ قُرْآنٌ مَّجِيدٌ {21}
Maksudnya : (Sebenarnya apa yang engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau sihir), bahkan ialah al-Quran yang tertinggi kemuliaannya.
(Surah al-Buruj 85 : ayat 21)
7. Al-Zikr
Firman Allah S.W.T :
إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ {9}
Maksudnya : Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya
(Surah al-Hijr 15 : ayat 9)
8. Al-Tanzil
Firman Allah S.W.T :
وَإِنَّهُ لَتَنزِيلُ رَبِّ الْعَالَمِينَ {192}
Maksudnya : Dan sesungguhnya al-Quran (yang di antara isinya kesah-kesah yang tersebut)adalah diturunkan oleh Allah Tuhan sekalian alam.
(surah al-Syu’ara’ 26 : ayat 192)
16 comments:
perkongsian yang bermanfaat...satu ilmu baru..rupanya Al-Quran ada nama-nama lain...menarik juga ilmu ini untuk dikaji dengan lebih mendakam...terima kasih atas perkongsian...
menarik juga ilmu ini untuk dikaji dengan lebih mendalam..
Terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu =)
trigt blaja pai time sek men dulu. hehe.
al-Huda ada jugak kan? :)
cafe owner's contest! join ok! :)
http://creammyfiodesi.blogspot.com/2011/02/february-flight.html
informasi baru yang amat bermanfaat kepada kita sume.. syukran atas perkongsian maklumat ini....
syukran ats perkongsian yg bermanfaat,,sama2 kita memperbanyakkan baca al-Quran
bagus2.ilmu yg menarik.
syukran :)
wahhh teringat masa belaja ulum quran stpm dulu :)
perkongsian yang bagus....boleh menarik minat sahabat-sahabat diluar untuk tahu tentang perkara ni..selain baca Al-Quran..ilmu-ilmu lain yang berkaitan dengan Al-Quran perlu diketahui & dipelajari jgk...tq
artikel yang menarik..al-quran sememangnya mempunyai pelbagai mukjizat,bahkan namanya yang pelbagai juga memberi maksud yang amat mendalam bg mentafsirkan maksud sebenar al-quran itu..sama-sama lah kita menghayati al-quran dengan kepelbagaian nama yang ada padanya bahkan isi-isi yang terkandung di dalamnya..
al-quran mempunyai pelbagai nama..jika di kaji semua nama-nama al-quran itu,semuanya tidak bertentangan dengan maksud al-quran yang kita fahami,bahkan menarik minat kita untuk lebih mengetahui tentangnya..syukran..
bertambah pengetahuan tentang nama-nama al-quran...nama-nama yang jarang kita gunakan dalam kehidupan kita...syukran...
terima kasih dengan informasi yang berguna ini..
Syukran atas perkongsian..
ni utk komen saimen syikin ke...??hahahaa..sory lmbt...sibuk bebeno kt sni...x smpat nk usya2 blog...tp pape pun...mmg post yg 'dipancarkan' sgt2 bergune utk sume..x kre peringkat umor...sume bley bwat rujukan...InsyaAllah...
Post a Comment