Chingu"s"

Monday, 28 December 2009

joging at tasik permaisuri




salam...so my post today is about what am i doing with my sibling..hehehe
arini ari sabtu..so xde keje...then first time drive jauh g tasik permaisuri utk berjogging..
xmo ckp bnyk..so layan gambar ok..wassalam...

wawa @ tepi kolam

ipah,dilah n tikah tepi kolam


tikah n dilah @ tmn puteri




wawa n dilah @ tepi tasik

ipah n tikah



tikah,zizi n amin mkn aiskrim

refleseologi min??hehe




taman gantung :)


dilah azam


amin men gelongsor..



afifah azam :)



tikah azam :)



azizi azam :)

jalan2 around KL....





salam..aha...sooo cuti weekend watpe yer???
nothing..ekeke...so this week kan my granma dr temerloh mari...
seronok sgt2..miss nenek sgt2 :) beside my pak su n mak su dtg gaks...
ohooooo from temerloh dorang bawakan ikan patin...
yummy....so mak wawa masakkan ikan patin masak tempoyak...
pergh sedap giler r...ekekeke....sooooo mereke2 stay @ our home...
jumaat to ahad jew..tp mmg best....ehe...


so mlm nyer tu wawa n famili g jln2 tngok kl....
pe lagik..tengok2 kl waktu mlm2...tengok lampu..
bdak2 ape g..suke jelahhh..hehehe....
mule2 g dataran merdeka...



pastu gi klcc...last skali g kg baru...



sampai kg baru,ape lagi...
mase untuk makan sbb perut dh lapa..hehehe...
ape pon mmg best jln2 ni...


tu je coretan dr wawa..tata..wassalam...

Saturday, 26 December 2009

MAAL HIJRAH 1430


salam..lambat pulak post entri nih...but still wish than never rite??
so sekarang dah masuk tahun 1430 Hijrah kan...
hurmmmm ape azam taun baru nih kawan2????
hope tahun baru ini lebih baik dari tahun2 lepas...
semoga pada tahun ini akan membuatkan wawa mempertingkatkan mutu study n paling penting amal soleh untuk saham akhirat..insya-Allah.....

last b4 wawa off






SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 1430 HIJRAH!!!!

Saturday, 12 December 2009

Tips jadi muslimah gaya awek cun....


salam buat semua..arini wawa nak share lah 9 tips melawa gaya awek cun..perghh ayat.....hehehe..
pe ponnnnn tengok je dulu..nak ikot,taknak sudah...Insya-Allah wawa buat yang TERBAIK untuk hidup ini...sebenarnya ini tips lah yang boleh buat pedoman buat diri wawa sendiri dan kawan2 yang lain...

1.Jadilah Ghaddul Basor (menundukkan pandangan) sebagai hiasan mata,nescaya mata akan semakin bening dan jernih..

2.Oleskan Lipstik Kejujuran pada bibir,nescaya kita akan semakin manis....

3.Gunakan Pemerah Pipi dengan kosmetik yang diperbuat daripada rasa malu yang dijual di Salon Iman...

4.Hiasilah kedua belah tangan dengan Gelang Tawadhuk dan jari jemari dengan Cincin Ukhuwah..

5.Pakailah Anting-Anting Mustami (pendengar) yang taat kepada Allah swt dan Rasul-Nya,nescaya kita akan anggun...

6.Pakailah Sabun Istighfar yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang kita lakukan....

7.Hiasilah rambut kita dengan Tudung Mahkota yang menghilangkan ketomba pandangan lelaki yang berbahaya..

8.Lengkapkanlah diri kita dengan sebaik-baik kalung iaitu Kalung Kesucian...

9.Bedaklah wajah kita dengan Air Seri Wuduk,nescaya wajah kita akan berseri-seri pada pandangan manusia dan di akhirat...

RENUNG-RENUNGKAN & SELAMAT BERAMAL!!!!

Sunday, 6 December 2009

kisah natrah meruntun jiwa..




salam..
hari ni wawa tergerak nak post cte pasal natrah...uhu...
wawa akui as generasi muda zaman sekarang,
masih banyak sejarah lama negara yang perlu wawa ketahui...
lebih2 lagi melibatkan agama Islam..
so seraching tentang info natrah bermula...
Ya Allah...lepas baca kisah natarah ni..memang wawa terus sebak...
betapa tragiknya kisah hidupnya...
xpt dibayangkan sebab wawa xhidup zaman tu..
kisah nya patut dijadikan iktibar buat kta umat Islam..
dulu semasa natrah dimurtadkan sedangkan jiwanya tidak ke situ,umat Islam marah denagn perbuatan kristian...nak2 lagi bile akhbat THE STRAIT TIME masa tu berulang kali memaparkan gambar natrah melutut di hadapan patung St Mary...

Macam mana kisah natrah bermula??
wawa mencari dan terus mencari dan akhirnya wawa faham...

ini adalah hasil gabungan petikan dari akhbar kosmo dan web Saifulislam.Com....

Natrah, yang dilahirkan pada 24 Mac 1937, menjadi rebutan antara ibu angkatnya, Che Aminah Mohamad, dengan keluarga kandungnya yang berasal dari Belanda.

Sebelum itu, Natrah ditinggalkan ibunya, Adeline Hunter, di bawah jagaan Che Aminah ketika berumur lima tahun di Jawa setelah bapanya, Sarjan Adrianus Petrus Hertogh, ditawan tentera Jepun. Sepanjang berada di bawah jagaan Che Aminah, Natrah dididik dengan agama Islam dan adat Melayu.

Setelah berpindah ke Singapura, Hertogh menuntut Natrah dikembalikan kepadanya.

Pada mulanya Che Aminah memenangi hak penjagaan ke atas Natrah. Pada masa itu Allahyarham Tun Ahmad Ibrahim merupakan peguan bagi pihak Natrah.Namun tindakan Che Aminah menjodohkan Natrah dengan Mansor Adabi, seorang guru berusia 22 tahun, mengeruhkan keadaan kerana Natrah baru berumur 13 tahun.

Undang-undang Belanda menetapkan remaja di bawah 16 tahun tidak boleh dinikahkan dan pernikahan itu berlangsung di Singapura yang mengamalkan undang-undang British.

Akhirnya, pernikahan itu dibatalkan dan Natrah dibawa pulang ke Belanda. Ketika di Belanda, Natrah dimurtadkan, sekali gus mencetus kemarahan warga Singapura dan Tanah Melayu. Akibatnya, sebanyak 18 nyawa diragut dan 200 lagi tercedera berikutan Rusuhan Natrah yang berlaku pada 12 Disember 1950 yang menyaksikan 18 orang terbunuh dan 173 orang cedera. Singapura dikenakan perintah berkurung selama dua hari. Temasek terbakar, sebagaimana rentungnya jiwa umat Islam Nusantara yang bangkit menentang usaha melari dan memurtadkan Natrah.

Itulah harga Islam di mata umat Islam tahun 1950.

Tanpa internet, tanpa sms, semangat itu merebak dengan cepat dan menular merentas kota dan desa, harga iman Natrah bukan sebarangan.

Biar pun umat Islam masih dijajah British, jiwa mereka merdeka untuk bangkit bersuara.

Pada tahun 2009 Natrah akhirnya telah meninggal dunia akibat penyakit leukimia.

Datin Fatini Yaakob (bekas wartawan Dewan Masyarakat)pernah menjejak Natrah sehingga ke Belanda dan Amerika Syarikat (AS) kira-kira 20 tahun lalu untuk merungkai kisah pencetus Rusuhan Natrah yang berlaku di Singapura pada 1950 itu.

"Mengikut kajian dan pemerhatian saya sehingga hari dia meninggal dunia, Natrah tidak pernah mahu melupakan bekas suaminya, arwah Mansor Adabi, ibu angkatnya, Che Aminah Mohamed, keluarga angkatnya yang kini berada di Kemaman, Terengganu, dan kehidupannya di Singapura," kata Fatini yang kini merupakan Karyawan Tamu di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Malah, ujar beliau, hidup Natrah sejak dibawa ke Belanda yang dipenuhi dengan paksaan menyebabkan trauma yang berpanjangan.

"Hidupnya ketika itu dikelilingi polis setiap masa. Dia juga dipaksa untuk melakukan banyak perkara di luar keinginannya termasuklah melupakan Mansor, Che Aminah, keluarga angkat dan segala amalan yang berkaitan dengan Islam.

"Perkara ini diakui seorang pegawai Inggeris yang ditugaskan untuk menjaga Natrah ketika diletakkan di Jabatan Kebajikan Masyarakat di Singapura, Tom Eames Hughes, yang kemudiannya menulis kisah itu dalam bukunya bertajuk Tangled Worlds: The Story of Maria Hertogh (1980)," kongsinya.

Natrah cuba bunuh suami

Menjelaskan kenyataan itu dengan merujuk rentetan kejadian cubaan Natrah membunuh suami kedua sehingga mengakibatkan perceraian, cubaan membunuh diri dan kekerapan ibu kepada 10 orang anak itu dimasukkan ke wad sakit jiwa, Fatini menambah, ia turut dilihat dengan jelas olehnya ketika menemu ramah Natrah di AS pada tahun 1989.

"Setiap kali menyebut nama Mansor Adabi, air matanya bergenang. Malah, bahasa tubuhnya juga berubah. Padahal waktu itu dia sudah berumur 52 tahun.

"Semasa temu ramah pula dia berbahasa Inggeris sepanjang masa. Tetapi ada juga dia tersasul menyebut 'cabai kerawit'. Jadi sebenarnya dia masih ingat bahasa Melayu," kenang Fatini yang turut mengingatkan bahawa teman lelaki terakhir Natrah ialah seorang warga Indonesia.

Menggambarkan perwatakan Natrah sebagai seorang yang lemah lembut, Fatini bagaimanapun mengakui sukar untuk sesiapa pun membaca kesengsaraan itu pada wajahnya.

"Dia bijak menyembunyikan perasaannya. Malah hubungannya dengan anak-anak amat baik," katanya.

Ketika berita Natrah meninggal dunia sampai kepadanya, Fatini masih dalam proses melengkapkan buku biografi wanita malang itu.

"Kematian Natrah menimbulkan rasa terkilan dalam diri saya kerana banyak lagi yang saya ingin lakukan untuknya.

"Selain melengkapkan biografi ini, saya berharap benar agar dapat membantu Natrah mengubah persepsinya terhadap banyak perkara.

"Kalaulah Natrah tahu arwah Mansor hanya berhenti berusaha mendapatkannya semula setelah menerima surat yang kononnya dikirimkan Natrah. Dalam surat itu, Natrah memberitahu Mansor tentang dia sudah memeluk agama Katolik dan meminta Mansor melupakannya...

"Kalaulah Natrah tahu ada seorang lelaki bernama JC Vermeulen yang selama ini berusaha untuk menghubungkannya semula dengan Mansor melalui surat-surat yang dihantar 'mereka'...

"Natrah juga berasa bertanggungjawab ke atas kematian yang berlaku dalam rusuhan itu sehingga menyangka ada orang mahu membunuhnya selama ini," ujar anak kelahiran Perlis ini.

Menyentuh tentang rusuhan yang berlaku, Fatini berpendapat ia berpunca daripada tindakan media tempatan Singapura yang bertindak melanggar sensitiviti agama Islam.

"Ia berpunca daripada provokasi media tempatan Singapura yang berkali-kali memaparkan gambar Natrah berlutut di depan patung Virgin Mary. Perkara itu menyentuh sensitiviti agama," luahnya.

so di sini wawa sertakan juga YOUTUBE berkaitan dengan Natrah..









pada tahun 2009 ni pula,sebuah teater Natrah arahan Erma Fatima mula dipentaskan di Istana Budaya buat tatapan generasi hari ini..



Lastly,mungkin ada hikmah disebalik semua peristiwa bersejarah ini..
Terpulang kepada individu menilainya sendiri..
Pokok pangkal peliharalah maruah diri,keluarga,agama,bangsa dan negara...
Wallahualam..
Semua yang baik itu datangnya dari Allah swt dan yang buruk itu juga dari Allah tetapi disandarkan ke atas kita sebagai hambanya yang lemah dan sering membuat kesilapan..
wassalam...

Saturday, 28 November 2009

AiDIlADHa n NUR KasIH....



salam aidiladha buat semua muslimin n muslimat seluruh DUNIA... kengkangan masa menyebabkan blog wawa sepi je..uhuk.. :( but it's ok n wawa akan update tupon klo free ok... so what's going on today???huhu... ermmm first of all nak cite pasal rye haji taun nihh... lauk2 yg my mom msk sooo delicious!!!!! pagi lagik kul 7.30 dh kua g solat sunat raya.... balik sembahyang raya tu we all pon makan2.. de ketupat,rendang n mcm2 lahhhh....yummy.... aidiladha mengajar wawa eti pengorbanan yang terbesar dalam hidup.. asal sejarah aidiladha bermula dari peristiwa Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail.. Pengorbanan seorang ayah untuk mengorbankan anaknya demi Allah swt.. Begitu juga pengorbanan anak kepada ayah demi Allah swt... Cuba fikir sejenak... mampukah tahap keimanan kita setinggi Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail?? Sebagai manusia kerdil biarlah pengorbanan yang kita lakukan adalah untuk hijrah dan manfaat ke atas diri kita sendiri... Hayatilah erti pengorbanan yang sememangnya ada ganjaran buat mereka yang berkorban... tidak kiralah dalam apa jua perkara... lebih-lebih lagi wawa sebagai pelajar... masih banyak pengorbanan yang perlu dilakukan demi sebuah kejayaan dan keredhaan Allah swt...Insya-Allah sudah pasti nanti semua impian bakal menjadi kenyataan.. :)





sementara menyambut aidiladha tahun ini..malam pula pukul 9.00 ada ending drama nur kasih..
wawa n famili layan je cerita ni..mana yang baik jadikan pengajaran..tol x?? good job la buat pelakon2 yang jayakan drma nur kasih ni.. sebanyak 26 episod sudah ditayangkan... penangan nyer toksah cakap lah...perghhh...hehehe... alhamdulillah apa yang wawa boleh bagi pendapat disini ialah wawa nampak drama berunsur dakwah semakin mendapat tempat di hati penonton.... syukur alhamdulillah.. macam wawa cakap tadi yang baik ambil jadi pengajaran dan yang buruk tulah toksah lah ikut.. masing-masing ade akal untuk menilai.... lakonan tiz zaqyah,remy ishak,fizz fairuz,ummi nazeera,ayu raudhah memang mantap... even dorang tak la se pro artis2 lain..tapi penghayatan dorang dalam drama ni nampak real.. endingnya pon tak mengecewakan...uhu..lebey lak wawa ni.. last sekali apa-apa pun wawa happy sepanjang hari ni...wish u all Selamat Hari Raya Aidiladha!!!

Tuesday, 24 November 2009

Adikku AZIZI bersunat...huhu





salam..oho..my bro sunat seyh....ahaks..just nk share2 story aje!!!
ermmm si zizi bersunat ramai1 @ masjid negara aritu...perghhhh...
si bu dak berani nihhh..excited sgt....
hehe..mula2 g mmg xsabo2 dye nk dikhitankan..huhu...pastu...
ble sunat kan...mak wawa ckp zizi ok jew :)
xnagis langsong!!!!!hoho...
pastu siap tv9 temu ramah lagi...
eleh2 ckp xsakit tuh....hehehe..
nih link tv 9 tuh..kua kat tv haaaa...


so dipendekkan cite zizi selamat r sunat...
kat sane mmg dye berani..giliran first tuhhh..
pastu plak..hahahaha....
kat umah bile nk terkucil jew...
dok menyeru2 name mak...
sakitttttt..tu jela yg dye dok ckp..
air mate toksah ckp la..melelehhhhhh aje..


pastu ble dh sunat nih kan...
mst r kne pantang kan..
sooooo nak baikk luka2 tuhhh kne r jage makan...
mak wawa masakkan sup ikan haruan untuk zizi...
huhu...yg pergi amek ikan haruan nih kat pasar xlain xbukan wawa lahh.
hehehe..pe ponnn ok lahhh...
pen off dulu...wassalam....



ikan haruan..

Monday, 16 November 2009

rindu nak post blog!!!!!

assalamualaikum..yuhuu..wawa here....
aduhh rindu bangat nak jengah blog nihhh...
nak update cte pon xsempat2...
so what's going on n0w??
ala xde pape2..just wawa ngh cbuk exam..
until 18 nov iaitu rabu nihh..
after that pe lg..enjoy...
hahaha enjoy la sgt wawa oiii...
ermmm sepanjang exam mmgu lps oklah..
wawa da buat yg terbek so tawakal jelah eh..
ermmm...dlm kesibukkan nih..
mcm2 berite singgah kat telinge...
miss a lot my frens smkapians n kisasian...uhuk..
so arini menjengah r facebook n mcm2...
dpt chat ngn org tersyg gak...wink..wink...
xde r...merapu je wawa nihhh.....
smbil tu...satu kegilaan bru ak dtg...huhuhu...
layan nur kasih...xbole bla...
ak dh bnyk miss episodnyer..but still dpt tgok r...
hahahahaha..dpt dr mcm2 care suda...
yela adik2 ak gemar sgt cte tuh..so layannnnn.....
ok i've to go now....balik kampus..pic pon xsempat letak....
tata...

Wednesday, 14 October 2009

wawa still wawa..


salam buat semua..

ishhh nape wawa pilih tajuk ni ye??

ntahlahh..actually agak tertekan sikit mggu nihh...

mcm2 urusan..biasela student n manusia...

so wawa kene kuat lahh...

to all my fren yg bace blog wawa...tq ats ziarah anda tuh..

wawa try jenguk cni klo de mase...

t ble sume da ok..insya-Allah wawa akan ok...

pray 4 wawa tau...

wawa plak akan cuba kuat dicni...

uhu..pe prob wawa skunk..

xyah ler wawa cte kat org...

biar wawa tanggung sendiri...

wawa akan cuba senyum n hepi ble disamping orang sekelililing...

teringat kata-kata ayah wawa...

bila rasa susah or sebaliknya...

bacalah surah Al-Insyirah...



Bismillah al rahman al rahim


1- Bukankah telah Kami lapangkan untukmu dadamu?Have We not expanded thee thy breast?-
أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ2- Dan telah Kami lepaskan dari­padamu beban beratmu?And removed from thee thy burden
وَوَضَعْنَا عَنكَ وِزْرَكَ3- Yang telah menekan punggung­mu?The which did gall thy back?-
الَّذِي أَنقَضَ ظَهْرَكَ4- Dan telah Kami tinggikan bagi­mu sebutan kamuAnd raised high the esteem (in which) thou (art held)?
وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ

5- Maka sesungguhnya beserta ke­sulitan itu ada kemudahan.So, verily, with every difficulty, there is relief:
فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْراً6- Sesungguhnya beserta kesulitan itu ada kemudahan.Verily, with every difficulty there is relief.
إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْراً
7- Maka apabila engkau telah selesai, maka tegaklah.Therefore, when thou art free (from thine immediate task), still labour hard,
فَإِذَا فَرَغْتَ فَانصَبْ8- Dan hanya kepada Tuhanmu, hendaklah engkau berharap.And to thy Lord turn (all) thy attention.
وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ


insya-Allah kita semua diberi kelapangan hati dan hidayah daripada Allah swt.


wassalam


p/s:nnt dah ok semuanya wawa akan kembali update blog dengan pelbagai kisah duka dan duka..syg semua..

Wednesday, 7 October 2009

PMR 7-13 oktober 2009...

salam semua..alhamdulillah sakit pale wawa mlm td dh ok...
segalanya dh pulih mcm biase..assignment yg tergendala pon dah selesai satu per satu..
syukur sgt2..oh yeee..start arini 7 oktober 2009..
peperiksaan pmr pon bermula...

so slot edisi bloggie arini...nak wat wish khas larhh....



To My Sister yang Rajinnnn bantu Kak Tie nii n geng wawa kat umah...

Atikah!!!!!!!Kak Tie wish u Good Luck and do ur best ye cyg!!!I'm always pray 4 u!!!



To my frens @ PBAS Geng...... as n hepi n N0ty sis at cb.....hehe

AlloL!!!!!!!minat here wishing u good luck ok!!do ur best k!!!

Tuesday, 6 October 2009

BENCI......


salam sume...huaaa...wawa xchat ptg nihh....dok selubung r lam selimutt....
pening pale..uhu..badan pnas..huaaa...then i call r my mom...pe lagik...
melelehhhh air mate aku..huhu..ishh mnja tol!!!hukhuk...
ni ngah dok wat assignment smbil ym ngn azie..hehe...
pastukan..around 8 lebeh ak rse lapo..cm mls nk bgun...
cm xnk mkn pon de gak..uhu bru teringat arini ak just amek breakfast jew...huhu...
pstu wawa n dayah pon trun g kafe...xtau nk mkn ape seyhh...
otak xpat pk...huhu..last2 mampu telan roti canai jew...
tu pon wawa rse xsedap..pdhl b4 ni sedap je roti canai kolej nihh...
pas mamam g r telan panadol lak..perghhh...
rse nk hantok pale kt dinding pon de...
dh selesai mamam wawa nengok jela si dayah mkn ngn lazatnyerr..
tu pon xde perasaan wawa tengok..huhu..
smbil2 tengok keadaan sekeliling kannnn...
eeeeeeeeeeeeeeeee wawa benci sgt2!!!!!!!!!

why?????

wawa xsuke r ngan dak laki yg xsuke kucing tuhhhh...
dh la kucing tu dtg kat dye...pastu dye g letak kaki dye ats belakang badan kucing tuhhhh...

eeeeee xsuka!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

hate gile kat laki perangai camtuhhh..
wawa syg kucinggg..xsuka la ble tgok org buli kucing nihhhh....
xcukup dengan tuhhhhh.....
dak laki td tu g simbah air kat kucing tuhh...
air lebihan yang mamat tu minummm....eeeeeeeeeeeeeeee
teruk betol r perangai gtuuuuuu...
meluat,marah,sedih,kesian kat kucing,sume de..
huhuhu....pela naseb kucing tuhhh..
kesejukan kucing tuhhhh..mst dye lapa...
huaaa sedih lak wawa..cm nak leleh pon de...
kucing tukan haiwan kesayangan nabi Muhammad saw..


jgn r wat gtu....kesian kucing tuhhh....
kucing laaa ble kte tension or cm stresss ble kte usap bulu dye leh kte feel tenang...
wawa xtau r owg len cmne...
tp klo wawa gtu r...uhuhuh..
ble kte borak2 ngn kucing dye cm seolah2 paham ngn pe kte ckp..
uhu tu jela entri mlm nihh..
selingan smbil wat assgnmnt..huhu...
tata..nite...

week yg membusykan aku...


salam semua...
dear bloggie.....
wawa busy r mggu nihh..smlm n kelmarin kan..wawa tension gle...
yg wawa tension tu bkn sal asgnmnt....tp tah r..ati wawa rse sebak jew...
mama n nenek pesan klo ati xtenang bce quran...
Alhamdulillah wawa tenang sket...
tq wat kawan2 erni,suha,awe n dayah...4 being mylife smile waktu nihh :)

ehe ...mggu ni wawa dh cbuk kembali with my asgnmnt...
sume akan disettle kan secepat mungkin...
Ya Allah..bg wawa kekuatan...
hope sume berjalan lancar..ngehngeh...
sempat gak luah kat bloggie nihh..ahaks...
sambil dengo2 lagu....lalalala

SPECIAL 4 U.....
here i am 4 waiting 4 u...okeh!!!!
being u as my fren is something special to me...
i'm ok with u....
even u r not near my side...
i know that u don't want me sad..rite???

here I go...
Scream my lungs outt...
n try to get to you...
You're my only...
my only ONE....

JUst Simple Word To lets U know I'm in OKey...

take care...


wawa rindu gile kat mama skunk...why haa???
pdhal bru ritu balik....of cos laaa...
i need u maaa....
u always land ur shoulder to me ...huaaaa...
xmo tacing2 r.....

ok lar...wawa nk ciap2 g klas...hehe...
sempat luah pe yg terbuku kt bloggie even cikit jadiklarrr...
tata sume...muahhh

Sunday, 4 October 2009

kerja aku mlm ari sabtu..


salam n camat pagi..uhu..xde pe..just nak mencoret2 cerite mlm td...huhu..
ermm semalam lam kul 10 pg wawa balik umah..yeyehhh..hehehe..ye la umah ku yg meriah ngn mulut2 orang yg memang xreti dok diam..hehehe...balek umah dapat lepaskan tension sket..dengan wat kek..hehehe..ceh lepas tension ke tuw wawa???ahaks...nak share gambo kek yg dibuat xbest r..yela kek org len wat lagi cntik..kununnyer kek ari jadi sis dilah..hehe..wawa wat kek bese2 jew..hehe...pastu petang lak kumpul ramai2..cehhh cam perjumpaan laks..ala bukan pe..kteorg just adk bradik tengok cte HISTERIA....wahhh..haha bru de kesempatan nak tengokk..
2 thumbs up!!yehhhh...cite kategori seram yg unik...even xr setanding cte2 internasional..huhu..tengok si liyana jasmay n scha berlakon even xminat pon dye tu..hehe..tapi overall ok lahhh...wawa ni dh la jenis penakut sket..but pe pon enjoy r watch it..uhu...pastu mlm lak dalam kul 9 layan la cte astro prima AKU BUKAN MALAIKAT..best ler...insaff weiii...fauzi nawawi n lisdawati...yeyehh..cite2 yang kite tengok tu just amekla yg baik..yg jaat jgn ikot..jadikkan pengajarann..mlm2 lak b4 sleeps of cos r g bukak facebook..hehehe...kat umah je poonn..ermm pe yg wawa wat yg len xkan nk cte sume kot??ble wawa solat,wawa makan,wawa g toilet..tu asas2 kehidupan yang sendiri mau ingat lahh...ok dehhh...segala yg baik dtg dr ALLAH swt n yg buruk dtg dr kelemahan wawa sendiri as insan di muka bumi ini..pen off...wassalam..

Friday, 2 October 2009

entri arini....


salam..wawa buntu r arini...huahua..sape orang misteri tu ek??adoiyai...jgn r wat wawa gni...
eee wawa geram tau..huhu de r seseorang tuhhh...

tiba-tiba....
rase rndu pon ade...uhu..

huahua..minggu ni mmg busy gle2..tp busy2 pon smpt gak ak layan facebook..hehehe..yela klo x rase cm nak muntah wooo..pale otaks serabut...huhuhu...tp xpe wawa cube wat sket2 ek..tenang ek...huhu..ceh coba sedapkan dirik sendirik yerrr...alalalalalalalalalla..

ptg td make call to my dear fwens..
zaheedaa arianie!!!!!!!!
hahaha..memang klo borak ngn dye xsah gelak je cte..hikhik...
rindu gle seyhhh nak jumpe dye...
isk...isk...

ermmm arini jumaat kan..lalala...patot petang ni wawa balek umah..but i've got work to do maaa....xpe2 sok pg2 ak balekkk.....yesszaaaaaaaa..........hehehehehe......

mamaaaaaaaaa i miss u damn so muchhhhh...
my father tooooooo......muaaahhhh

sis dilah besday semalam...da jnji balek ni wat kek untk dye....nnt2 r pk sok nk wat kek pe...hehe

ni ptg xtau nk wat pe lak..jap g nak g mamam lorhh..ngn si dayah..hehehe.....mlm kang de keje ngn suha,dayah n awe..owhhh busy2....

so arini layan gamba jela ek...gamba aku n kwn2 kat UM nihh..uhuhu..
layannnnn...zassssss..........


tudung coklat -> erni
baju ijau -> hidayah


^_^ pegang buku >>> nasuha
pegang bunga>>>> hawa


:) hawa ngn tuan empunya blog..kuikui


NI LAH KAWAN2 AKU..HEHE...

SEMOGA UKHWAH YG DIBINA BERKEKALAN..
DAN
KAMI SAMA-SAMA BERJAYA MENJADI PEGUAM SYARIE YANG TERBAIKK
AMINNN...



~off~

Friday, 25 September 2009

minnal aidil wa faizin..


salam raya buat semua...
dh ari raye ke 6 baru dapat post..hehe...
better wish than never..hakhak...
so how about my raye this year??
ermmm mmg best...
but de gak yg kontra..huhu...nk cte yg kontra tu ke??
no..no...no...huhu...
biarlah jd rhsia ek...huhu..



so raye taun ni wawa raye kt kg belah ayahanda tercinta..
ari sabtu lagik...kteorang bertolak gi sabak bernam..
along journey to the sabak..mcm2 bnde jadik..
adk2 ak lak de yg g nek kete pak ucu skali..
eleh sbb nk nek skli ngn kzen2 len..
hoho...so dorg gerak dolu...but...
semapt lak singgah bukit malawati..
hah amek..kne ngn ungka2..hehe...
padan muke dorang...wakaka...ish xbaik ak..hehe
yg ak lak wat hal dlm pejalanan..hehe..
ye r..ak xpakai kasut alek kg...pakai selipar..huaaa..
tu r kelam kabut nk lek pong...kasut rye xdok..huaaa..
ayh ak dok gelakkan ak je...ishhh..
then singgah r pusat kasut..cewahhh...
area sg besar je...xkisah laaa...jnji ak pat kasut rye baru..hehe...
so pe lagi ak lak g kedai tu lame gle memilih..
ayh ak anta mak ak soh tengok2 kan ak yg lme bertapa lam kedai..huahua..
last2 ak pilih r high heel..hehe...suke2..kompol lagi wa...
terus pakai on the dot time tu..hikhik..
then teruskan r journey we all...
huhu...kire berkumpul famili besar lerr..hoho..
then ak dpt jmpe sume r..
pe lagi kzen2 ak yg gilo2..hahaha


mlm nyer g ildas..perghh mmg penat gle aritu..
yg budak2 men mercun n bunga api..hehe...
sempat layan tv agi mlm tu..hehe..
n tdo r we all..hehe...
n pagi raya yang syahdu...
tambah2 lagik ujan lak pagi tu...
adehhh ku salam ayah dan bonda..
pohon ampun maaf..uhu...lelehh ak time tu...
pastu of cos la g semayang raye..
uhu..pastu beraye r kami...
juadah2 rye pon ok ler...ngehngeh...
adehhh ak n kzen2 agak bengang sket pg tu...
hahaha..y??line celc0m is zero=0...
hoho...pstu we all gerak r gi umah atuk sedara..
kat sabak bernam gak...makanan xyah ckp r...besttttt..



dh siap sume we all gerak agi...
g teluk intan..yeyeyahhhhhh
g kg arwah moyang ku...
n atuk sedara ku...
best gle mkn dendeng kat ctu...
marveles..hehehe....
wow mmg best rye ini taun smpi perak da...hikhik..
seterusnyer mmg bestttttt toksah ckp r..hehe...
len r dr tempat tuttttt...
oppsss..lalaala...
k r wawa nk wat assignment nihh..
sje jengah bloggie kesygn nih...
akhir kalam....
SeLAmat HaRi RaYA AidiLfiTri n Maaf Zahir Batin


dari wawa_meikachikilu