Chingu"s"

Wednesday, 9 April 2014

Wajah-wajah Suci

Assalamualaikum..

Aku lihat macam-macam ragam..
Macam-macam gaya..
Wajah-wajah anak-anak kecil ke sekolah..
Ada yang berlari..
Ada yang melompat..
Ada yang mengantuk..
Ada yang jalan menonong saja..
Tak lupa ada yang becok berkata-kata..
Terhibur melihat telatah mereka..
Wajah-wajah yang paling best diamati pagi itu..
Dalam hati rasa satu keindahan yang tak dapat dizahirkan..
Paling terasa aku rindu saat-saat indah bermain riang..
Zaman kepala tidak serabut memikirkan apa yang perlu dibuat..
Zaman tiada masalah..

Wajah kanak-kanak suci..
Mereka asyik dalam dunia mereka..
Mereka suci tanpa dosa..
Terpulang corak hasil didikan kepada mereka nanti..
Mereka tidak tahu lagi..
Adakah mereka bekerjaya baik besar nanti?
Adakah mereka khayal hanyut dek duniawi?
Adakah mereka ada tanggungjawab menanti?
Adakah mereka sentiasa diuji ujian yang sangat hebat?

Semua itu kita lalui dahulu..
Malah mungkin akan dilalui lagi nanti.
Dan kita pun tak tahu apa jadi lagi dimasa akan datang..
Aku terfikir..
Alangkah indah jika terus kekal sebagai manusia berwajah suci itu..
Yang hidupnya masih kurang pendedahan duniawi..
Yang riang berlari kesana sini..
Tapi itu tak mungkin berlaku lagi..

P/S: melihat keletah wajah2 suci sangat menyenangkan..kenakalan..kecomelan..kepetahan..semua menyenangkan :)

Wassalam..


Tuesday, 1 April 2014

Itu Cuma Anggapanmu

Assalamualaikum..

Kau dengan aku..
Kau ada ramai..
Aku pun ada ramai juga..
Kau takkan faham..
Bila komitmen bertemu kehendak..
Kau tak tahu aku seorang yang akur..
Kau menuduh saja tahu..
Jangan sebab satu kau tuduh seribu..
Bukan aku jenis lupa ini itu..
Depan-depan kau bilang lain..
Belakang-belakang kau tikam-tikam..
Sakit tahu??
Kau fikir aku tak kenang??
Kau fikir aku kecundang??
Ikutkan hati aku tak rela tahu??
Sebab aku masih kuat disitu..
Menepis segala anggapanmu..
Jangan kau hakimi aku..
Bajet kenal ku 100%..
Padahal aku punya keluargaku..
Biar aku terkorban..
Tapi itu janjiku..
Janji pada keluargaku..
Kau apa tahu??
Sedang kau gembira..
Aku disini dengan caraku..
Sakit hatiku engkau tak tahu..
Bukan aku lupa semua itu..
Hatiku meronta engkau tak tahu..
Teringin bertemu tapi entah bila waktu..
Waktu cemburu komitmen menggebu..
Aku sedih, sakit tapi aku buat tak tahu..
Usah kau takbur..
Bukan kau seorang ada disitu..
Aku masih sama seperti dulu..
Berdiri disini melunaskan janjiku..
Cuma satu ku pinta darimu..
Jangan dibuang kenangan dulu..
Kerana aku tetap kenangmu dalam doaku..

P/S : Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa