Chingu"s"

Saturday 26 June 2010

Maafkan Saya


Assalamualaikum..salam buat semua...ermm pe yang wawa nak coretkan hari ni adalah tulus dari hati kecil ini..Saba hari air mata mengalir..Huhu..Tak tau lah macam mana wawa nak ungkapkan kat sini..Memang betul kadang-kadang kita akan rasa kekosongan..Please air mata..Stop crying..Ya Allah apa wawa nak buat ni..Hanya Allah yang tahu apa yang terpendam di dasar hati ini...Tak terungkap dengan kata-kata..Hanya kepada Allah je tempat wawa nak mengadu..Rasa macam nak pergi jauh dari sini..Tapi karang parents tertanya-tanya..I'm really upset..Kadang-kadang ada masa kita happy ada masa kita sedih..Hurmm..Rasa macam nak delete facebook,millatfacebook,blog ni juga,twitter and ym also my phone number..arghhh including the rest lah..Tapi bila fikir balik apa yang wawa dapat kalau wawa offkan semua ni.Di kesempatan ini wawa sebagai empunya diri ingin meminta maaf kepada semua yang mengenali diri wawa ini secara langsung atau tidak..Maafkan wawa ya jika wawa ada buat kesalahan sama ada sedar atau tidak..I need time to being myself again..Doakan yang terbaik untuk wawa ok..Wawa rindu n syang sangat2 kat semua orang...Pe pon..sambutlah salam kemaafan dari wawa :)

Friday 25 June 2010

Kelebihan solat berjamaah dari sudut pandangan seorang bukan Islam.




Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Penyayang

Assalamualaikum para sahabat dan sahabiah sekelian.
Marilah kita bersama-sama renungkan pengajaran daripada cerita ini dan menyingkap sedikit ke dalam diri kita tentang sejauh mana kita cuba menuruti perintah agama dalam mencari kelebihan dalam setiap amalan kita, terutamanya solat(berjamaah). Diceritakan bahawa seorang profesor dalam bidang fizik di sebuah universiti di Amerika Syarikat, telah membuat satu kajian tentang mengapa disyariatkan solat berjamaah di dalam Islam dan kelebihan solat berjamaah tersebut dalam kehidupan umat Islam. Menurut profesor itu, tubuh badan kita (manusia) terdiri daripada dua cas elektrik iaitu cas positif dan cas negatif.

Dalam perjalanan hidup manusia setiap hari, semasa kita bekerja, beriadah atau berehat, kita banyak menggunakan tenaga dan dalam proses ini banyak berlaku pertukaran
cas-cas positif dan negatif yang menyebabkan ketidakseimbangan cas-cas tersebut di dalam tubuh badan kita. Ini menyebabkan kita merasa letih dan lesu apabila kita selesai menjalankan aktiviti-aktiviti harian kita. Cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk memulihkan tubuh badan kita ke keadaan normal supaya kita kembali segar dan dapat menjalankan aktiviti-aktiviti lain tanpa gangguan. Berbalik kepada kaitan solat berjamaah, timbul satu persoalan di minda profesor ini mengapa dalam Islam, disyariatkan, malah sehingga ke peringkat diwajibkan bersolat secara berjemaah, dan mengapa solat lima waktu yang didirikan oleh orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama (Zohor - 4 rakaat, Asar - 4 rakaat, Maghrib - 3 rakaat, Isya - 4 rakaat, Subuh - 2 rakaat). Dari kacamata beliau, sebagai seorang bukan Islam yang mempunyai ilmu yang tinggi dalam bidang berkaitan, beliau lalu menjalankan kajian tentang perkara ini dan mengaitkannya dengan aktiviti-aktiviti harian kita yang memerlukan pemulihan cas-cas positif/negatif tadi.

Pertama sekali beliau mengkaji kaitan jumlah rakaat dengan solat berjamaah dan fungsinya dalam pemyeimbangan cas-cas di dalam badan kita. Semasa kita melakukan solat berjamaah, kita disyariatkan supaya meluruskan dan merapatkan barisan (saf), bahu bertemu bahu dan tumit bertemu tumit. Dalam bergeseran tubuh kita dengan tubuh jamaah lain yang berada di kira dan kanan kita, tubuh kita mengeluarkan cas-cas yang berlebihan dan cas-cas ini akan ditarik oleh cas yang berlawanan dalam tubuh badan rakan kita. Jamaah lain juga akan mengeluarkan cas-cas dari tubuh badan mereka dan cas-cas ini akan ditarik oleh cas-cas yang berlawanan dari tubuh badan kita. Dengan ini berlakulah keseimbangan cas-cas positif/negatif. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang dan semakin segar tubuh badan kita. Menurut beliau, dalam kehidupan seharian kita, apabila kita bangun dari tidur, badan kita merasa segar dan sihat setelah berihat selama beberapa jam (tidur).

Dalam keadaan ini, tubuh badan kita mengandungi cas-cas positif/negatif yang hampir seimbang. Jadi, apabila kita mendirikan solat Subuh berjamaah, kita hanya memerlukan sedikit pertukaran cas-cas
dari dan ke dalam tubuh badan kita. Sebab itu mengapa solat subuh itu hanya dua rakaat. Seterusnya, setelah seharian kita bekerja bertungkus-lumus, membanting tulang atau memerah otak, cas-cas ini tidak lagi seimbang dengan kehilangan banyak tenaga dari badan kita. Oleh itu kita memerlukan pertukaran cas-cas yang banyak dan solat berjamaah memainkan peranan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas ini. Oleh sebab itu solat Zohor (berjamaah) didirikan empat rakaat untuk memberi lebih masa kepada pemulihan cas-cas tadi. Proses yang sama berlaku pada sebelah petang, apabila kita juga mengeluarkan banyak tenaga menyambung tugas-tugas kita dan kita kehilangan banyak cas-cas ini. Sekali lagi proses penyeimbangan ini berlaku apabila kita mengerjakan solat Asar (berjamaah) sebanyak empat rakaat.

Selepas waktu Asar, setelah pulang dari kerja atau pada kebiasaannya, kita hanya
melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak terlalu banyak menggunakan tenaga dan masa yang diperuntukkan pula tidak terlalu lama. Oleh itu tidak terlalu banyak tenaga yang kita keluarkan. Seterusnya kita akan pergi ke masjid untuk menunaikan solat Maghrib (berjamaah), sebanyak tiga rakaat. Pengurangan dalam rakaat ini berlaku kerana kita tidak kehilangan terlalu banyak tenaga dan penyeimbangan cas-cas ini berlaku dalam jangka masa yang agak kurang dari sebelumnya (Zohor dan Asar). Seterusnya timbul persoalan di fikiran beliau tentang mengapa solat Isya' mengandungi empat rakaat. Secara logiknya, kita tidak melakukan banyak aktiviti pada waktu malam dan tidak memerlukan pengumpulan cas-cas yang banyak untuk tidur.

Setelah kajian beliau lakukan, terdapat hikmah di sebalik jumlah rakaat ini. Seperti yang sedia kita maklum, kita umat
Islam sangat-sangat digalakkan supaya tidur pada awal waktu malam dan bangun semula di sepertiga malam untuk menunaikan solat-solat sunat, terutamanya solat sunat Tahajjud. Malah amalan solat ini menjadi kewajiban bagi Nabi s.a.w. dan para sahabat-sahabat Baginda serta para alim ulama. Terlalu besar ganjaran dan kelebihan solat Tahajjud ini (tidak perlu diterangkan di sini). Jadi, dari fakta ini, dapat beliau simpulkan bahawa, solat Isya' (berjamaah) sebanyak empat rakaat dapat menyediakan penyeimbangan cas-cas dan pengumpulan tenaga yang secukupnya untuk kita bangun pada waktu sepertiga malam untuk menunaikan solat Tahajjud dan berqiam menghambakan diri kepada kepada Allah di waktu yang serba dingin dan sunyi.

Dalam proses membuat kajian ini, beliau mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan segala amalan dan suruhan Allah Taala mempunyai hikmah yang ersirat dan tersurat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau merasakan betapa besarnya pencipta segala yang ada di muka bumi ini dan betapa kerdilnya beliau.Pada waktu inilah, beliau telah diberi hidayah oleh Allah Taala untuk memeluk agama Islam.
Subhanallah.

Sejuta Cinta _marshanda_

Sejuta Cinta (OST Sejuta Cinta Marshanda) by Marshanda

perjalanan cinta berakhir sudah
engkau pergi tuk selamanya, tuk selamanya
mungkin ini sudah suratan
engkau dan diriku tak bisa bertahan
mungkin ini sudah suratan, sudah suratan
jangan kau pergi untuk meninggalkan aku
aku di sini dengan sejuta cinta untukmu
jangan kau pergi untuk melupakan aku
aku berakhir hidup tanpa dirimu
sudah memang sudah
perjalanan cinta berakhir sudah
engkau pergi tuk selamanya, tuk selamanya
namun kau pergi untuk meninggalkan aku
aku di sini dengan sejuta cinta untukmu
jangan kau pergi untuk melupakan aku
aku berakhir hidup tanpa dirimu
jangan kau pergi untuk meninggalkan aku
aku (di sini dengan sejuta cinta untukmu)
jangan (kau pergi untuk meninggalkan aku)
aku (di sini dengan sejuta cinta untukmu)
jangan (kau pergi untuk meninggalkan aku)
aku (di sini dengan sejuta cinta untukmu)
sudah berakhir sudah



Tuesday 22 June 2010

j0m try..mesti best!!nyumnyum


-->
Ikan siakap 3 rasa
Bahan-bahan
1 ekor ikan siakap
3 ulas bawang putih - dicincang halus
2 helai daun limau purut
5 batang cili padi - dihiris halus
1 sudu makan gula pasir
1 sudu makan sos ikan
2 sudu makan cili sos dan sos tomato
1 mangkuk nenas - dipotong dadu
1 mangkuk kecil tomato - dipotong dadu
sedikit garam dan jus lemon

cara:

1. ikan siakap dibelah bahagian tengah, bersihkan, lumur dengan garam, tepung jagung dan sebiji telur (yang dipukul sedikit), kemudian digoreng hingga garing
2. tumis bawang putih, sos tomato, sos cili dan cili padi
3. setelah layu, masukkan sos ikan, nenas, tomato, jus lemon dan daun limau purut
4. masukkan sedikit air, kacau rata, bubuh garam dan gula
5. setelah mendidih, angkat dan tuang ke atas ikan siakap yang telah digoreng

Sunday 20 June 2010

Tahun ni jatuh pd 20 Jun 2010..


assalamualaikum...
juz being here to wish my lovely father Hairulazam bin Ramli and all dad around the world
HAPPY FATHER'S DAY..
Love your daddy wherever you are!!!!!


Tuesday 15 June 2010

Saje2 jawap tag :)

1.Adakah anda rasa anda hot?
-Xlah..sy tgh sejukk..muahaha..ngee

2.upload wallpaper yang anda guna sekarang.
-baru je smlm tuko wall..mls nk upload arini..ngee

3.Ceritakan pasal wallpaper tersebut.
-Pic my siblings la..love them <3>

4.Bila kali terakhir anda makan pizza?
-Bulan lepas kot...xhengat sgt dehhh..

5.Lagu paling latest anda dengar?
-Lagu Suara Ku Berharap by Hijau Daun..ok larr..

6.Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?
-Main sms :)

7.Selain nama sendiri,orang panngil anda apa?
-Korang sume panggil haku ape??itulah dye..hehe..

8.Tag lagi lapan orang :
-Huhu..sape2 yg bace tag neh wat la yee...xkisah sape2 pon..ngee

2jelah kot wawa nak jawap2 tag..len2 terserah..lalalala :) off..papai :)

*kredit to my kzen Huda :)

Monday 14 June 2010

i like.. :)



Hijau Daun – Suara (Ku Berharap)


di sini aku masih sendiri

merenungi hari-hari sepi

aku tanpamu, masih tanpamu


bila esok hari datang lagi

ku coba hadapi semua ini

meski tanpamu oooh meski tanpamu


bila aku dapat bintang yang berpijar

mentari yang tenang bersamaku disini

ku dapat tertawa menangis merenung

di tempat ini aku bertahan


reff:

suara dengarkanlah aku

apa kabarnya pujaan hatiku

aku di sini menunggunya

masih berharap di dalam hatinya


suara dengarkanlah aku

apakah aku slalu dihatinya

aku di sini menunggunya

masih berharap di dalam hatinya


kalau ku masih tetap disini

ku lewati semua yang terjadi

aku menunggumu, aku menunggu


reff2:

suara dengarkanlah aku

apa kabarnya pujaan hatiku

aku di sini menunggunya

masih berharap di dalam hatinya


suara dengarkanlah aku

apakah aku ada dihatinya

aku di sini menunggunya

masih berharap di dalam hatinya


repeat reff


suara dengarkanlah aku



Lirik lagu Hijau Daun – Suara (Ku Berharap) ini dipersembahkan oleh LirikLaguIndonesia.Net. Kunjungi DownloadLaguIndonesia.Net untuk download MP3 Hijau Daun – Suara (Ku Berharap).