Chingu"s"

Friday 25 February 2011

NAMA-NAMA AL-QURAN


Assalamualaikum..hari jumaat yang mulia ini..mari kita sama-sama kongsi ilmu mengenai nama-nama bagi Al-Quran :)

Al-Quran mempunyai berbagai nama lain selain nama al-Quran.Walaubagaimanapun, nama terkenal dan yang digunakan secara meluas ialah al-Quran.Antara nama-nama yang lain bagi al-Quran ialah :

1. Al-Furqan

Firman Allah S.W.T :

تَبَارَكَ الَّذِي نَزَّلَ الْفُرْقَانَ عَلَى عَبْدِهِ لِيَكُونَ لِلْعَالَمِينَ نَذِيراً {1}

Maksudnya : Maha berkat Tuhan yang menurunkan al-Furqan kepada hamba-hambaNya (Muhammad), untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam.

( Surah Al-Furqan 25 : ayat 1 )

2. Al-Mauizah

Firman Allah S.W.T :

يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ

Terjemahan : Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran daripada Tuhan kamu…)

( Surah Yunus 10 : ayat 57 )

3. Al-Nur

Firman Allah S.W.T :

وَأَنزَلْنَا إِلَيْكُمْ نُوراً مُّبِيناً {174}

Maksudnya : ….Kami pula telah menurunkan kepada kamu ( al-Quran sebagai ) Nur ( cahaya ) yang menerangi (segala apa jua yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak )

( Surah An-nisa 4 : ayat 174 )

4. Al-Busyra

Firman Allah :

قُلْ مَن كَانَ عَدُوّاً لِّجِبْرِيلَ فَإِنَّهُ نَزَّلَهُ عَلَى قَلْبِكَ بِإِذْنِ اللّهِ مُصَدِّقاً لِّمَا بَيْنَ يَدَيْهِ وَهُدًى وَبُشْرَى لِلْمُؤْمِنِينَ {97}

Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad ):”Sesiapa memusuhi Jibril maka sebabnya ialah kerana Jibril itu menurunkan al-Quran ke dalam hatimu dengan izin Allah, yang mengesahkan kebenaran Kitab-kitab yang ada di hadapannya (yang diturunkan sebelumnya), serta menjadi petunjuk dan memberi khabar gembira kepada orang-orang yang beriman”

(Surah al-Baqarah 2 : ayat 97 )

5. Al-Ruuha

Firman Allah S.W.T :

‏ وَكَذَلِكَ أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ رُوحاً مِّنْ أَمْرِنَ

Terjemahannya : Dan demikianlah Kami wahikan kepadamu (wahai Muhammad) –al-Quran sebagai roh (yang menghidupkan hati) dengan perintah Kami...

(Surah al-Syura 42 : ayat 52)

6. Al-Majid

بَلْ هُوَ قُرْآنٌ مَّجِيدٌ {21}

Maksudnya : (Sebenarnya apa yang engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau sihir), bahkan ialah al-Quran yang tertinggi kemuliaannya.

(Surah al-Buruj 85 : ayat 21)

7. Al-Zikr

Firman Allah S.W.T :

إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ {9}

Maksudnya : Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya

(Surah al-Hijr 15 : ayat 9)

8. Al-Tanzil

Firman Allah S.W.T :

وَإِنَّهُ لَتَنزِيلُ رَبِّ الْعَالَمِينَ {192}

Maksudnya : Dan sesungguhnya al-Quran (yang di antara isinya kesah-kesah yang tersebut)adalah diturunkan oleh Allah Tuhan sekalian alam.

(surah al-Syu’ara’ 26 : ayat 192)

Thursday 17 February 2011

Wanita dan Islam


Assalamualaikum...wawa nak sharing pasal wanita pasal perempuan..iye betol la tu..girl..woman..sama laa...dulu sebelum kedatangan Islam,taraf or kedudukan wanita ni sangatlah rendah..sobsob..tapi alhamdulillah apabila datang Nabi Muhammad saw membawa nur Islam..Islam telah mengangkat taraf hidup wanita di tempat yang sepatutnya..

Suatu ketika dahulu bayangkanlah,wanita ni macam barang yang boleh dijual beli di pasar.Xdapat warisi harta..rasa macam menyusahkan family sebab nanti nak kahwin kena sediakan mahar(mas kahwin),bapa pulak bermutlak tentukan anak P dia dengan sapa.pastu xde hak tebus talak.Ada tu lagi teruk sampai dijadikan alat memuaskan nafsu sehingga berlaku penzinaan.Sampai anak perempuan pun ditanam hidup2.sob sob sedihkan zaman dulu...huhuhu...

Bila Islam datang..alhamdulillah segalanya berubah..jangan dok gaduh lelaki dan perempuan sapa yang lagi hebat..tarafnya sama sahaja disisi Allah..Wanita ni sama sahaja seperti lelaki dalam kemanusian..Allah swt dah berfirman dalam surah an-Nisa ayat 1 yang mana wanita yakni Hawa juga diciptakan dari lelaki yakni Adam.

Selain tu wanita sama sahaja dalam hal beragama dan beribadat..maksudnya kalau buat baik dapat balasan syurga kalau buat mungkar(jahat) masuk neraka..Dalam surah al-Nahl ayat 97 pun dah dijelaskan..Lepas tu kedudukan wanita diangkat lagi diharamkan dibunuh anak-anak perempuan..alhamdulillah..kalo sekarang agaknya wawa xwujud kot..tapi sapa tahu??tu kan kerja Allah swt..DIA yang Maha Mengetahui..

Tuntutan menuntut ilmu pon diwajibkan ke atas setiap Muslim..so perempuan atau lelaki wajib dan sama berhak dalam hal pendidikan..Kedudukan ibu,anak perempuan dan isteri dimuliakan lagi..Sebabtu kalau mak kita panggil kena sahut..kalau x.berdosa tahu....camtu sekali...Dalam bab perwarisan pusaka pulak wanita dapat haknya..

Kemudian,Islam pun membataskan bilangan talak..yang boleh dirujuk 2 kali..kalo zaman dulu b4 Islam datang ikot lah nak cerai bpe bnyk talak...ish ishhhh...Pun gitu gak dalam hal poligami limit sampai 4 je..tapi untuk lelaki yang mampu...berlaku adil..adil tu meletak sesuatu ditempatnya..bukan sama rata ok!!contoh lah org kawin 2,isteri 1 anak 5 ,isteri kedua xde anak..xkan dua-dua isteri dpt nafkah rm500..ikotlah kena pada tempatnya itu dan adil dalam segala hal :)

See..macam mana kedudukan wanita disisi Islam..nasihat wawa buat diri wawa sendiri dan wanita2 lain di luar,bersamalah kita jaga maruah kita masing2..penat mak ayah besarkan kita,bagi didikan agama lepas tu senang2 pergi calarkan maruah..faham2 sendirilah..lain kuih lain acuannya..semoga kita mendapat tempat yang sebaiknya disisi Allah swt..amin..Ingatlah sebaik-baik hiasan adalah wanita solehah :) wassalam...

Wednesday 16 February 2011

Salam Maulidur Rasul 1432H

Assalamualaikum..rindu nyer wawa nak mencoret-coret disini..bila dah bukak sem baru tangan ni ada tugasan lain yang perlu diaulakan..thanks kawan2 yg xpenah henti bertanya bila nak post entri baru n macam2..thanks juga untuk pengunjung blog wawa ni..t wawa balas kunjungan anda yer..itu mesti!!!ehe..sedar x sedaar dah masuk bulan Februari..ohyer...tarikh 15 feb (semalam) 12 Rabiulawal bersamaan hari kelahiran junjungan bebsar nabi Muhammad saw..Jom kita basahkan bir kita dengan berselawat kepada baginda..Semoga kita peroleh syafaat di akhirat kelak..Insya-Allah..Amin..Bersamalah kita hayati sirah dan perjuangan baginda saw yer..ok lah itu sahaja coretan di petang yang mulia ini..daaa..wassalam..