Chingu"s"

Tuesday 31 August 2010

Merdeka Malaysia ke-53 !!


MERDEKA!!!MERDEKA!!! MERDEKA!!!

31 Ogos

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh

Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh

Hari yang mulia

Hari bahagia

Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka

Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh

Hari mulia negaraku merdeka

by :Sudirman (Ahmad CB)


Monday 16 August 2010

Menahan Marah

MENAHAN MARAH

Diriwayat daripada Abu Hurairah r.a. bahawa seorang lelaki meminta nasihat daripada Nabi s.a.w. katanya, "Berilah wasiat kepadaku." Sabda s.a.w ,'“Janganlah engkau marah.” Lelaki itu mengulangi (permintaannya) beberapa kali. Rasulullah s.a.w. tetap bersabda, "Janganlah engkau marah." (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Larangan jangan marah

Marah adalah sifat semula jadi yang ada pada semua orang, antara mereka ada yang cepat marah dan ada yang lemah lembut. Marah bukanlah suatu sifat yang boleh dibuat serta merta, malah ia biasanya didahului sesuatu yang boleh menyebabkan seseorang itu marah, perasaannya memberontak dan akan bertindak kasar. Seseorang yang sedang marah akan hilang kewarasan fikirannya. Pertimbangannya sudah hilang, lidahnya asyik memaki hamun dan mengejek-ejek. Kadang-kadang perasaan marah berlanjutan sehingga menimbulkan permusuhan antara keluarga dan sahabat handai, dan lebih aneh lagi ada orang boleh berkelahi dengan benda-benda yang tidak berakal.

Perasaan marah dapat diatasi dengan mengikuti beberapa panduan yang ditunjukkan oleh Islam, iaitu:

1. Hendaklah melatih diri dengan akhlak yang mulia seperti sabar, lemah lembut, berhati-hati dalam membuat keputusan. Sifat ini hendaklah berpandu kepada contoh yang paling baik iaitu contoh yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w terutamanya contoh yang terdapat dalam Sunnahnya yang bersifat amali. Hendaklah mengawal dan menguasai diri ketika didatangi perasaan marah, iaitu dengan mengingati akibat buruk yang akan menimpa dan kelebihan pahala orang yang menahan marah serta memaafkan sahaja seseorang melakukan kesalahan yang menyebabkan dia marah, firman Allah S.W.T: "…Dan orang yang menahan kemarahan-nya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah) Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik." (Ali Imran3-134)

2. Memohon kepada Allah supaya menjauhkannya daripada syaitan yang dilaknat. Panduan ini dinyatakan didalam Al-Quran melalui firman Allah S.W.T.: "Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan daripada syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Mendengar lagi Amat Mengetahui." (al-A'raf 7:200)

3. Meninggalkan tempat yang menyebabkan seseorang itu marah. Sabda Baginda: "Apabila seseorang kamu marah, sedang dia berdiri, maka duduklah, jika marahnya berhenti (maka baiklah) jika belum, maka hendaklah dia berbaring." (Abu Daud)

4. Mengambil wuduk, sabda Nabi s.a.w.: "Sesungguhnya marah itu dari syaitan. Syaitan itu dijadikan daripada api,apabila kamu marah, maka hendaklah dia mengambil wuduk." (Abu Daud)

Oleh kerana besarnya bahaya marah, Nabi s.a.w. melarang keras seseorang daripada marah, dengan menyifatkan orang yang berjaya menahan diri daripada perasaan marah sebagai pahlawan yang berani. "Bukannya kuat (kerana dapat mengalahkan orang) dengan bergusti, tetapi kekuatan sebenarnya ialah orang yang dapat mengawal dirinya ketika marah." (Al-Tirmizi)

Friday 13 August 2010

Assalamualaikum..Sekadar coretan rasa..Hurmm...Dear Bloggie,
Kenapa ni??What happen??Ya Allah aku pinta kepada Mu untuk terus memberi aku kekuatan..
Sejak awal minggu hari tu..Sumpah buat apa wawa nak tipu..Arghhh..
Mereka hadir dalam mimpi wawa..Kenapa??Pe yang jadi sebenarnya??
Actually I'm reallly miss them so much..Huhu..Betapa murah air mata..
But..Ive promise..Wawa takkan nangis2 dah...
Apa yang berlaku mungkin ada hikmahnya..Wawa terima n belajar hadapi semua tu..
I miss her n I miss him..What should i do??
Tersilap langkah n kata takut binasa...Really sedih...
Antara keegoan dan persahabatan..Nak2 lagi bulan Ramadhan nih..
Alhamdulillah mungkin sampai sekarang wawa masih boleh bertahan..
Tapi sampai bila??Depan orang nak pura2 happy je??Macam tu ke???
Nak jadi diri sendiri aja..Entahlah..Hari tu mimpi him..Last night mimpi her..
Dalam mimpi tiada marah2..Wajah mereka berseri n wawa sendiri dalam mimpi tu senang hati..
Bila bangun tidur pe jadi??Sebak sendiri..Really miss them..Cepat2 isthighfar..
Kalau masa boleh diundur???Sapa wawa nak cakap kalau2 nih..
Benda dah pun berlaku..Nasi dah jadi bubur..
Hati wawa dah sakit sangat2..Tapi wawa xleh pentingkan diri..
Mereka gak sakit hati..mereka pon ada perasaan bukan wawa seorang..
Wawa rendahkan ego untuk hulur kemaafan..
Tapi apakan daya,tiada keberanian lagi bila hati tersentap..
Wawa kenal him n her..Tak mudah terima alasan wawa..
Takkan mungkin kalau kemaafan dihulur lagi bisa di sambut..Wawa sedar itu..Hurmm..
I'm try be strong..Ya Allah teruslah bagi wawa kekuatan ini..
Apa2 pun..Wawa tak mampu nak sembunyikan rasa hati..
Wawa rindu MEREKA..

Tuesday 10 August 2010





SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DI BULAN RAMADHAN..

BERSAMALAH KITA MEMPERTINGKATKAN AMAL IBADAH DAN AMAL SOLEH DI BULAN YANG PENUH BARAKAH INI..

AKHIR KATA SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK
DAN
MOHON MAAF ATAS SEGALA KEKURANGAN SELAMA INI :)

Monday 9 August 2010

The Last Airbender


Assalamualaikum..huhu..sharing tentang movie The Last Airbender..
Hurmm keseluruhan cerita ok lah..Kostum Appa (si Bison) yg cute..
Kalo kat umah dok nengok lah adik2 layan cerita ni versi kartun..
pe pon mmg best..Bagi wawa jela..tak tau lah kot orang lain macam mana..
Kawan wawa Hidayah n Nasuha kata best..So best lah bagi kita orang..
Oklah..tu aje wawa nak share..Tata :)